Assallamualaikum..
Salam sejahtera..
Kadang-kadang kita tak terpikir apa yang akan jadi masa hadapan.
Esok, minggu depan, bulan depan , tahun depan dan sebagainya.
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukannya Allah maha esa.
Satu peristiwa yang berlaku dalam hidup Cik Eyfa ini, Cik Eyfa buat keputusan yang tak pernah terfikir di kotak pikiran Cik Eyfa sebelum ini.
Ia terlalu cepat. Bukan berniat tapi berlaku dengan tiba-tiba.
Berlaku secara tertekan..
Kadang-kadang Cik Eyfa rasa lega buat keputusan tu, tetapi kadaang-kadang satu masa Cik Eyfa menyesal pula rasanya.
Mungkin bagi orang lain Cik Eyfa ni macam tolak tuah..
Tapi hati kita siapa yang tahu kecuali yang di atas sana ALLAH saja yang maha mengetahui.
Cik Eyfa mohon orang di sekeliling Cik Eyfa sentiasa menyokong Cik Eyfa bukan mendesak Cik Eyfa.
Cik Eyfa mahu diaorang faham dengan keputusan Cik Eyfa. Support Cik Eyfa.
Bukan mengutuk Cik Eyfa. Jauh di sudut hati Cik Eyfa, Cik Eyfa menangis. Kecik hati rasa.
Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..
Cik Eyfa tak tahu la.
Apa yang Cik Eyfa mahu Ibu tercinta memahami diri ini sedalam-dalamnya.
Cik Eyfa tak tahan kalau seseorang ibu bersuara. Takut ayat yang dikeluarkan itu tidak memberkati apa tindakan kita buat.
YA ALLAH AMPUNI DOSA HAMBA MU INI..
KEDUA IBU BAPA KU...
BERKATI AKU YA ALLAH...
KUATKAN HATI ORANG YANG AKU LUKAI.
KAU BERKATI SEGALA KEPUTUSAN KU...
AMIN...... (~_~)