Followers

Status (^_^) Cik Eyfa

Saya sayang ibu saya ♥

"Rabu:12 May 2012"

Saturday 31 December 2011

Gud bye 2011

Assallamualaikum...
Salam sejahtera...

Pejam celik pejam celik dah setahun kita lalui...
Masih kah anda ingat setahun yang lepas..
Apa yang anda lakukan..
Dunia berputar sangat cepat..
Tanpa kita sedari.. Dah nak msk tahun 2012 dah..

Banyak yang berlaku dalam tempoh setahun.. ada yang baik..
Ada yang buruk..
Apa yang di lakukan kita kena ingat semua telah tertulis di atas sana.

Yang baik dijadikan sempadan...
Yang buruk dijadikan teladan..

Ok2 serius sangat plak Cik Eyfa ni..
Hah!! Cik Eyfa nak kongsi skit.. lam tahun 2011 ni byak sangat berlaku..

Ada impian Cik Eyfa yang x sempat dah nk di laksanakan dah ni kot.. hahah
iaitu nak KURUS...... huwaaaaaa...
Nak sambung belajar...
Nak ada keja tetap..
Umm

Boleh je kan tunda tahun depan kan..
heheheheh

Apa-apa pun Cik Eyfa berdoa Tahun depan lebih baik dari tahun ni...
Amin...

So...



Thursday 29 December 2011

Tuesday 27 December 2011

Ini lebih baik....:')

Tak perlu menjadi 'NUMBER ONE' di mata dia YANG KAMU CINTAI...

Kerana yang kamu perlukan adalah menjadi 'ONLY ONE' Di HATINYA 



Semoga kekal hingga akhir hayat ya...
N dapat bby comel "coming soon already"



Monday 26 December 2011

Cik Eyfa pon hairan

Assallamualaikum....
Salam sejahtera....

Pertama sekali Cik Eyfa nak bagi tahu.
Entry kali ini bukan untuk mengata atau apa-apa.
Ini cuma sekadar meluahkan pendapat Cik Eyfa sahaja.

Cik Eyfa hairan dengan budak-budak sekolah zaman sekarang ni.
Sekolah ting. 1,2,3 tu dah pandai cintan-cintun.

Mengikut pengalaman Cik Eyfa dulu la. 
Cik Eyfa naik ting.1 pada tahun 2002, ade je pelajar lelaki yang hansome2.
Dalam hati ni ade je minat-minat. 
Tapi x de la nak menggedik. Tengok pelajar2 sekolah zaman sekarang ni cam moral die dah betul2 melampau..
E.. nampak x sopan langsung.
Boleh buat status facebook 'I feel in love'.. wadduh........
Sekolah baru je ting.1.. Malu la wei...
Lepas tu siap berbalas-balas komen lagi..
"Ko ambik gmbr dengan baby aku"
wahhhhhhhhhh ayat x leh bla..
nak muntah Cik Eyfa tgk ish..ish..ish...

Masa zaman Cik Eyfa dulu, dalam diri ni target hanya pelanjaran je mampu jadi teman lelaki.
Tapi zaman skrang teman lelaki no 1..
Ish..ish..
X mau la ye... wahai adik2 di luar sana...

Sebab umur 13, 14, 15 ni belum matang lagi kalau nak cari teman lelaki ye..
Sedang kan yang belaja kat IPT pon leh breakup di tgh jalan..
Cari la teman lelaki setelah anda rasa betul2 nak kawin besok2 ye..
Skrg ni blaja betol2 dulu ye..


Kejar CITA-CITA dulu baru CINTA ye sayang..


**Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna ye sayang (^_^)**
Hehehe.. ni cuma pendapat Cik Eyfa..
Sorry kalau terkasar bahasa ye.. heheheh

Friday 23 December 2011

Jom Shopping Wahai Kaki Shopping Semua!!

Assallamualaikum..
Salam sejahtera...

Salam jumaat semua.. 
Hari ni Cik Eyfa nak promote sikit satu butik online ni..
Nama Butik ni Qassehdyana Syria N Shawl..
Nama butik ni ade Syria N Shawl kat belakang tu bukan bermakna ade jual tudung & shawl sahaja.
Selain dari tudung dan Shawl pelbagai baju-baju, jaket dan lain-lain di jual di butik in dengan HARGA YANG BERPATUTAN tau!! 
So apa lagi korang patut cuba..
Dan selalulah jenguk butik ni..

Like page butik ni tau Qasehdyana Syria N Shawl

Jom kita tgk antara koleksi yang terdapat dalam butik ini....


 Kemeja kedut di tangan antara yang hangat...

 JAKET COAT.
 JAKET.
KEMEJA PLAIN..

** So.. Cik Eyfa rasa korang patut cuba tau..
Harga dia sangat berpatutan harga untuk kesemua koleksi ini 
x sampai pon RM 40.00..

SO APA LAGI JOM SHOPPING.... (^_^)



Thursday 22 December 2011

Dasyat Betoy Cik Eyfa ni... (>,<)

Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua..

Hari ni Cik Eyfa nak cerita..
Hahahha..(kenapa la gelak2 ni kan)

Bukan apa Cik Eyfa ketawa pagi-pagi ni..
Cik Eyfa geli hati pula bila terkenangkan bila hari-hari kereta Cik Eyfa kena saman dengan bandaraya..
hahah

Bukan Cik Eyfa kedekut duit syiling tapi darurat.. heheheh..


Duit syiling Cik Eyfa semua dah habis haha..
Selalunya bila Cik Eyfa balik kampung boleh la topup duit syiling..
Ni dah 3 minggu x balik so terpaksa bayar je saman ni heheheh..

Tengok gambar ni..
Wak malu je hahahha

Hahaha apa-apa pun Cik Eyfa kena gi bayar gak hari ni..
Dah kita buat kesalahan.. So.. Kena la bayarkan.. hikhikhik

**Kesalahan tetap kesalahan tau**



Monday 19 December 2011

SUMPAH!! Berdiri bulu roma bila tgk video ni.. Sweet Sgt2 :')

Assallamualaikum..
Salam sejahtera..

Hari ini Cik Eyfa nak share dengan korang semua.
Video ni.. 
Tersangat-sangat sweet bagi Cik Eyfa la..
Apa-apa pon JOM TONTON SAMA-SAMA (^_^)


So apa komen korang lepas tgk video ni.. hehehh...
Nak cuba x bercinta lepas kawin? heheh



Sunday 11 December 2011

Ayat iklas lahir dari hati hanya untuk kamu insan istemewa.. (♥_♥)


Dear .................... ♥

Awak hadir dalam hidup saya tanpa di duga...♥
Mengetuk pintu hati saya tanpa memaksa untuk membukanya...♥
Duka yang datang dalam hidup saya awak perawatnya...♥
Membuatkan pintu hati saya terbuka dengan sendirinya...♥

Semakin hari semakin rindu...♥
Dugaan demi dugaan yang datang buatkan saya semakin kuat untuk di sisi awak...♥
Apa pun yang jadi saya tetap gengam tangan awak sekuatnya...♥
Tak mampu untuk saya lepaskan awak...♥

Kerana hati saya iklas mencintai awak kerana LILAHITAALA♥♥♥



Monday 5 December 2011

Happy Berday For Only One My Litter Bro!!!

Assalamuaikum... 
Salam sejahtera..

Entry untuk hari ni speacial skit.
Cik Eyfa buat entry ni khas untuk adik tercinta Cik Eyfa iaitu AIEZAT ABDULLAH..
Hari ini dah masuk 21 tahun dah..


Ni die.. Pengarang jantung Cik Eyfa & family...
Satu2 nya adik tercinta...
Hopefully Allah bless u always..
Semoga tercapai cita-cita di dunia dan akhirat..
Apa-apa pon Kak Long mmg syg kamu apa pun terjadi...

Tgk gambar die masa 1 tahun..
Cute kan.. hehehhe
Tgk la kakak die plak...
Hehheh
untuk gurl2 di luar sana nk isi borang leh contact Cik Eyfa ye.. hahah
tapi kena temu duga plak nga Ibu Cik Eyfa hahah...

Apa-apa pon SAYA SAYANG SANGAT ADIK SAYA SOWANG NI!!

Sunday 4 December 2011

Rasia dalam setiap Handbag Wanita

Assallamualaikum..
Salam sejahtera....

Hari ni Cik Eyfa nak tulis tentang Handbag...
Hah bagi wanita handbag ni adalah satu keperluankan...
Pelbagai patern handbag dan jenama kat pasaran sekarang...

Hari ni Cik Eyfa nak kongsi dan nak tanya korang apa yang ada dalam handbag korang bila korang keluar umah?
huhuhhuhuu..
JOM.. EXPLORE YOUR HANDBAG N SHARE WITH ME... HEHEHHE
Bagi Cik Eyfa  4 perkara penting yang perlu ada dalam hangbag Cik Eyfa semasa keluar...

1.Telifon
heheheh jgn ketawa tau.. Cik Eyfa x pakai fon mahal pon... hehe
Telifon kena ade walau bagaimana skali pon..
Bagi Cik Eyfa la kan, telifon ni nyawa no 2 tau..

2.Beg duit.
beg duit ni penting sebab dalam ni ade duit dan dokumen-dokumen penting seoerti i.c, kad atm, lesen memandu dan sebgainya..

3.Kunci Kereta
Sebab Cik Eyfa kuar mana-mana pakai keta.. Tu yang kena ada dalam handbag..

5. Kamera
Kamera ni jarang kan orang bawak terutama sesiapa yang dah ada fon canggih2 tu.. hehhe
Cik Eyfa bawak kamera kompak ni sbb Cik Eyfa pakai fon yang ade lampu je..
hahhaaha.. sbb x boleh ambik gambar.. tu yang Cik Eyfa bawak kemana saja...
Sekurang2 nye nnti boleh la ambik gmbr yg boleh buat kenangan abadi haha..

SO KORANG....

apa lagi cuba explore ur handbag n share with me... n jgn lupa  tag pada Cik Eyfa tau...

Sharing is caring (^__^)

Friday 2 December 2011

Ayat yang tepat.. Ku harap semua mengerti (>,<)

Assalamualaikum...
Salam sejatera..

Semua kerana Allah..
Lilahitaala...






♥♥Aku tidak memilihmu untuk ku.... tapi ALLAH memilihmu untuk ku....

♥♥Aku tidak mengharap mencintai mu.... tapi ALLAH telah menundukan aku untuk mencintaimu....

♥♥Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu... tapi ALLAH yang telah menunjukan jalan untuk aku mendapingimu...

♥♥Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku pada mu... tapi ALLAH yang memberi rasa ini dan harus ku tanggung atas mu...


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Itulah aku adanya....
Tidak pernahku rasa untuk mengatur hatiku sendiri...
Kerana sang PEMILIKKU yang telah mengaturkan dan menentukan bagaimanaku dan apa yang ku rasa saat ini....
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥





Tuesday 15 November 2011

DOA DARI HATIKU....

Assallamualaikum..
Salam sejahtera..



Kadang-kadang kita tak terpikir apa yang akan jadi masa hadapan.
Esok, minggu depan, bulan depan , tahun depan dan sebagainya.


Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukannya Allah maha esa.

Satu peristiwa yang berlaku dalam hidup Cik Eyfa ini, Cik Eyfa buat keputusan yang tak pernah terfikir di kotak pikiran Cik Eyfa sebelum ini.

Ia terlalu cepat. Bukan berniat tapi berlaku dengan tiba-tiba.
Berlaku secara tertekan..
Kadang-kadang Cik Eyfa rasa lega buat keputusan tu, tetapi kadaang-kadang satu masa Cik Eyfa menyesal pula rasanya.

Mungkin bagi orang lain Cik Eyfa ni macam tolak tuah..
Tapi hati kita siapa yang tahu kecuali yang di atas sana ALLAH saja yang maha mengetahui.


Cik Eyfa mohon orang di sekeliling Cik Eyfa sentiasa menyokong Cik Eyfa bukan mendesak Cik Eyfa.

Cik Eyfa mahu diaorang faham dengan keputusan Cik Eyfa. Support Cik Eyfa.
Bukan mengutuk Cik Eyfa. Jauh di sudut hati Cik Eyfa, Cik Eyfa menangis. Kecik hati rasa.

Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..
Cik Eyfa tak tahu la.
Apa yang Cik Eyfa mahu Ibu tercinta memahami diri ini sedalam-dalamnya.
Cik Eyfa tak tahan kalau seseorang ibu bersuara. Takut ayat yang dikeluarkan itu tidak memberkati apa tindakan kita buat.

YA ALLAH AMPUNI DOSA HAMBA MU INI..
KEDUA IBU BAPA KU...
BERKATI AKU YA ALLAH...
KUATKAN HATI ORANG YANG AKU LUKAI.
KAU BERKATI SEGALA KEPUTUSAN KU...

AMIN...... (~_~)





Thursday 10 November 2011

JAWAPAN IKLAS UNTUK SOALAN QUEEN OF HEART

Assallamualaikum..
Salam sejahtera..

CIk Eyfa update blog hari ni bagi menjawab soalan yang di beri hadiah khas oleh CIK EYDA  pemilik blog QUEEN OF HEART
Cik Eyda ni  kenalan Cik Eyfa masa belajar kat POLISAS dulu.
Die costmate Cik Eyfa tapi kelas lain. Seorang yang sweet & comel (^_^).
Cik Eyfa pon suka tengok muka die dah la die ni lemah lembut orang nya.

Untuk Jawapan bagi entry CIK EYDA (JAWAB 11 SOALAN)

1. siapa perlu korang terima cintanya..yang disayangi atau yang menyayangi?
 kedua-duanya diperlukan wahai Cik Eyda. Tetapi Cik Eyfa pernah di nasihatkan oleh seseorang yang lebih berumur dari Cik Eyfa lebih baik kita memilih yang lebih menyayangi kita dari kita menyayangi nya. (^_^).
2. Hadiah terbaik utk yang disayangi/menyayangi.?
Soalan ni susah sikit. Tetapi bagi Cik Eyfa hadiah terbaik adalah kita terus disayangi dan menyayangi dengan iklas tanpa ada titik penghujung nya... (^_^) itu adalah hadiah yang terbaik dari yang terbaik :)
3. Harapan korang utk yang disayangi/menyayangi.?
Tentang harapan Cik Eyfa  pula, Cik Eyfa  berharap orang yang di sayangi/menyayangi ini akan terus sentiasa kekal abadi dan tiada persenketaan langsung di masa hadapan. (*_*) pening skit kot ayat ni heheh
4. Bila seseorang buat korang kecewa..apa korang buat? Maafkan..atau…berdendam?
Jenis Cik Eyfa ni sukar sikit untuk memaafkan tapi dalam masa lama Isyallah Cik Eyfa memang akan memaafkan. Tiada dedam yang terbuku dalam hati ini pon insyallah.
5. Kalau ibu korang tak merestui hubungan korang…korang nak buat apa? 
Buat derk je hahahhaha.. x lah, stakat ni x de lagi kot terjadi masalah ini. Cik Eyfa pon tak terpikir langsung bab ni hehehh.. Insyallah x de nya masalah ini..
6. Kata-kata pada si dia..andai terpaksa lepaskan si dia kerana cinta terhalang oleh org tua?
I ILOVE U FOREVER... hahahahhahahah (^_^) 
7. Kalau tak dihalang oleh orgtua..korang nak kahwen time umur berapa?
kalau ikut kan skarang paling awal Cik Eyfa mungkin kawin 27 tp kalau terjadi bnde ni Cik Eyfa serahkan pada takdir je kot heheh...
8. Kahwen nanti..nak pakai baju color apa?
kelakar soalan ni.. Cik Eyfa x terpikir lagi.. Tapi yang penting masa akad nikah warna PUTIH la.. Suci abadi...
9. Nak anak berapa orang??
4 orang... 2 lelaki, 2 perempuan... (2 pasang.. sweet kan)
10. Kalau dah kahwen nanti..kat mana tempat menarik yang korang nak pergi dengan husband/wife?
Bali.. entah kenapa la... bagi Cik Eyfa tempat tu cantik la...(walaupun x penah pergi lagi hahahah)
11. Hadiah yang korang harapkan dari seorg suami/isteri.
Cinta berterusan.... Cinta pada saya, cinta pada anak-anak. n Kiss tiap2 hari... huwahahahahahah


Sekian dari Cik Eyfa harap Cik Ieda memahami hehhe






glitter-graphics.com

Sunday 30 October 2011

Rasia potong kuku kaedah ISLAM (ISLAM ITU INDAH) {^_^}

Assallamualaikum..
Salam sejahtera..

Hari ini  Cik Eyfa nak kongsi kan sesuatu yang penting dengan anda semua..
Memotong kuku adalah satu perkara yang dituntut dalam Islam.
Ia dituntut kerana penjagaan kuku adalah satu kebersihan yang perlu dijaga.


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kuku pada:
HARI SABTU~ Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
HARI AHAD~ Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
HARI ISNIN~Nescaya keluar daripanya gila dan masuk nya sihat
HARI SELASA~Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
HARI RABU~Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepapaan
HARI KHAMIS~Nescaya keluar daripanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
HARI KHAMIS~Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
HARI JUMAAT~Nescaya keluar dari dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat dari pada Allah Taala.

Renung-renungkanla... (^_^)

'ISLAM ITU INDAH'.



Saturday 29 October 2011

Bukan niat dari hati. {~_~}

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Kehidupan manusia didunia ni ibarat karangan satu cerita ataupun drama pentas yang hari-hari kita lakonkan.
Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah..
Kadang-kadang kita rasa sayang, kadang-kadang kita rasa benci.
Kadang-kadang kita happy, kadang-kadang kita rasa marah sesangat.
Kadang-kadang kita perlukan seseorang disamping kita, kadang-kadang kita mahu bebas seperti burung.


 Kenapa ye dengan Cik Eyfa ni.

Biasanya tindakan yang kita buat kadang-kadang ada pengaruh sekeliling yang memaksa diri ini membuat keputusan tanpa berfikir rasionalnya.
Ataupun kematangan diri ini yang belum matang sepenuhnya untuk memikirkan baik buruk sesatu.
Terlampau ikut hati.
Terlampau degil.
Rambang mata.
Mahukan ruang untuk berfikir.
Mahu kan masa untuk mematangkan diri.

Setelah kita buat sesuatu keputusan kita memohon ke  pada-Nya agar itu yang terbaik.
Memohon agar di beri petunjuk, kekuatan, kesejahteraan dan keberkatan dari-Nya.

Soal hati dan perasaan...
Mengapa begitu halus sekali rasanya..
Kadang-kadang bahagia sesangat.
Kadang-kadang sakit sesangat.

Terlalu halus Allah ciptakan perasaan ini..
Mengapa.. kerana tuhan mahu kita mengawal dan menjaganya..

Kata-kata akhir yang iklas dari hati..


Andai kita memang DIJODOHKAN...
Apa pun halangannya kita pasti akan di satukan dalam PERNIKAHAN..
Namun andai memang kita TIDAK DIJODOHKAN...
Apa pun USAHA yang dilakukan pasti TIADA HASILNYA.


MASYAALLAH..
Sungguh dalam maksud ayat ini..

Sekian dari Cik Eyfa..
Jika tidak keberatan tinggalkan kata-kata anda.
Kata-kata anda mampu mendorong Cik Eyfa..


Sunday 23 October 2011

HAPPY BERDAY TO ME!!! \\ {^_^} //

Assallamualaikum..
Salam sejahtera..

Post hari Cik Eyfa hadiah kan speacial untuk Cik Eyfa sendiri.. heheheh


22 Oktober 1989 yang lalu lahir nya Cik Eyfa kat muka bumi ni.
Dah 22 tahun umur Cik Eyfa.
Dalam masa umur 22 tahun ni Cik Eyfa rasa diri ini sangat bertuah sesangat-sangat,
kerana mempunyai family tercinta yang sangat bahagia buat diri ini walaupun ade beberapa masalah melanda :)

Pada umur 22 tahun ni Cik Eyfa ingin membuat ucapan terima kasih yang tak terhingga sesangat.......

My Ibu tercinta Aini Yussof kerana melahirkan ku kedunia. Beri ku peluang mengenal erti dunia.
My Ayah kerana darah yang mengalih ke tubuhku ini memberi aku peluang untuk bernafas.
My adik kerana banyak membuat aku susah & membuat aku rasa perlu kamu di sisi.
Saudara-mara kerana memberi peluang untuk  ketawa dan menangis.
Orang tersayang kerana memberi ku peluang untuk mengenal erti cinta sejati.
Kawan-kawan kerana korang aku rasa tercabar untuk aku lebih baik dari korang.
Ofice mate kerana beri aku peluang berkerja & beri tunjuk ajar.
Musuh kerana kau beri aku erti pengajaran yang mendalam.

APA-APA PON CIK EYFA @ AIEFFA BINTI ABDULLAH. SAYANG KORANG SEMUA..



hitungan saat sy mula bebloger...

Daisypath Anniversary tickers

Suka sangat lagu ni...slow motion (>,<)